SALAM MAAL HIJRAH 1440



Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1440 dari Homestay Kelapa Hijau


DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ عِبَادَهُ الْمُؤْمِنِيْنَ أَعِزَّةً أَحْرَارًا لاَ يَرْتَضُوْنَ ظُلْمًا وَلاَ هَضْمًا وَلاَ هَوَانًا هَاجَرُوْا مِنْ وَطَنِهِمُ الْعَزِيْزِ لِيَسْتَعِدُّوْا بِمَا اسْتَطَاعُوْا مِنْ قُوَّةٍ وَعِزَّةٍ وَأَقَامُوْا فِى الْمَدِيْنَةِ لِيَسْتَمِدُّوا الْعَوْنَ مِنْ رَبِّهِمْ لِنَشْرِ الْحَقِّ وَتَبْلِيْغِ الرِّسَالَةِ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ فَارَقُوْا وَطَنَهُمْ إِلَى دَارِ هِجْرَتِهِمْ لِيَسْتَرِدُّوْا كَرَامَتَهُمْ وَيُؤَازِرُوْا نَبِيَّهُمْ فِى دَعْوَتِهِ وَيُجَاهِدُوْا أَعْدَاءَهُمْ لِنُصْرَتِهِ.

Alhamdulillah, dengan penuh khusyuk dan tawadu’ kami bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul pada hari yang penuh berkat  untuk bersama-sama meraikan majlis Maal Hijrah memperingati hijrah Rasulullah S.A.W.

اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْفَضْلِ وَاْلإِنْعَامِ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah, sesungguhnya kami percaya dan yakin bahawa hijrah yang diperintahkan ke atas Rasul kami  Nabi Muhammmad S.A.W. adalah satu perancangan-Mu yang kemas dan teratur, demi memperkukuhkan kekuatan untuk menegakkan hak  kebenaran, keadilan, kemakmuran, keamanan dan kebahagiaan.

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Sesungguhnya hijrah rasul-Mu merupakan peristiwa agung yang kami akan hayati. Ia merupakan ilham perjuangan umat setiap zaman, mengajar erti perpaduan, kejayaan menyatukan yang bertelingkah.

اَللَّهُمَّ يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيْمُ
Bersempena dengan perhimpunan yang kami adakan ini, kami memohon supaya pengertian  falsafah serta semangat hijrah akan dapat diteruskan. Sentiasa hidup di hati sanubari setiap umat termasuk sikap, watak dan perbuatan. Ya Allah, gerakkanlah hati, amalan dan fikiran kami kearah amalan makruf. Berhijrah kepada makruf, berhijrah dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Berhijrah dari kekufuran nikmat kepada bersyukur. Berhijrah daripada malas kepada rajin dan sedia berkorban. Berhijrah daripada jahil kepada berpengetahuan. Berkeadaan tidak baik kepada baik dan lebih baik mengikut petunjuk pimpinan-Mu ya Allah. Semoga dapat menempuh hidup baru dan maju ke hadapan sesuai tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi yang luas terbentang.



اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Peliharalah kami dan negara kami ini ya Allah serta  seluruh negara Islam daripada sebarang huru-hara dari ancaman musuh  dari luar mahupun dari dalam. Peliharakanlah perpaduan kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di antara kami. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera aman damai yang berpanjangan.

{رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ  وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

(dari JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA @ JAKIM)

#maalhijrah1440
#homestaykelapahijau
#bentong

Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Persediaan Sebelum Melancong Yang Berguna

Jom ke Bentong , Pahang

Selamat datang ke Homestay Kelapa Hijau