JALAN - JALAN

Tempat menarik di Bentong – Anda ingin bercuti di Bentong? Bentong merupakan tempat pelancongan yang menarik untuk melawat bagi pelancong tempatan mahupun luar negara.
Tempat yang tidak jauh dari pusat bandar dan akses yang mudah menjadikan Bentong tempat pelancongan yang banyak melawat oleh pelancong.
Disana menawarkan tempat menarik untuk dilawati dengan suasana yang sejuk dan menyeronokkan untuk bercuti di Bentong.

7 Tempat Menarik Di Bentong Pahang Paling Popular
Tempat menarik yang ada di Bentong yang boleh anda kunjungi antara lain :




1. Genting Higlands







Genting higlands terletak di daerah Bentong, Pahang, itu merupakan dataran tinggi yang paling terkenal di Malaysia.
Di sana kita boleh menikmati keindahan alam puncak gunung dengan udara sejuk .
Kebanyakan pelancong tertarik ke genting higlands theme park kerana tempat yang menarik di bentong.
Di sana terdapat tempat menarik lain iaitu:
• Perkidmatan genting skyway
• Genting Premium Outlet (GPO)
• Firs world indooor theme park/outdoor theme park
• Snow world
• Firs world plaza
• Genting antarabangsa showroom / pavillion
• Padang golf

Alamat: Jalan Major Philip Lim, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Genting highlands buka pada hari minggu sampai hari Jumaat buka selama 24 jam.


2. Bukit Tinggi



Tempat menarik yang ada di Bentong yang kedua iaitu bukit tinggi. Bukit Tinggi adalah tempat pelancongan yang menarik di pahang.
Di sini terdapat banyak pilihan wahan permainan dan hotel untuk berehat seperti:

• Colmar Tropical Berjaya Hills

Adalah hotel di Bukit Tinggi Pahang. Hotel ini unik kerana tempatnya bersuasana / bertemakan
perkampungan Perancis. Suasana di colmar tropicale berjaya hills seakan-akan anda sedang di perancis Walaupun tidak menginap di sini.

• Japanese village

Satu tempat yang menarik di bukit tinggi yang wajib melawat. Di sana bersuasanakan perkampungan Jepun dan merupakan yang pertama dan satu-satunya yang ada di luar negara Jepun. Pengunjung boleh mempelajari budaya Jepun iaitu, cara berpakaian, adat minum the, dan lain-lain.

• Animal Park

Sebuah taman mini yang terdapat 200 ekor arnab dari pelbagai negaradan beberapa haiwan seperti rusa, burung merak, dan juga keldai. Pengunjung boleh bermain dengan arnab dan rusa yang jinak pengunjung juga boleh menaiki keldai, dengan harga masuk ke tempat ini iaitu RM3.00

• Horse trails

Untuk pengunjung yang suka menaiki kuda, kunjungilah Horse Trails di bukit tinggi ini. Terdapat beberapa pakej menarik menunggang kuda yang boleh anda pilih sendiri. Jika anda tidak berpengalaman juga boleh cuba menaiki kerana terdapat pemandu yang disediakan.

• Botanial Garden

Bagi para pelawat yang ingin menikmati flora dan fauna alam pengunjung boleh melawat Botanial Garden Bukit tinggi. di sana terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk tumbuhan herba, bunga, orkid liar dan lain-lain.

3. Janda Baik




Janda baik terkenal dengan kawasan perkampungan yang nyaman dan tenang kerana lokasinya yang terletak di kaki bukit.
Bagi para pelawat yang ingin bercuti menikmati cuti dengan suasana selesa disini tempat yang wajib melawat.
Di sini juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan bagus seperti:
• Berkelah di tepi sungai
• Mandi-mandi di sungai yang bersih dan sesuai untuk seisi keluarga
• Berbasikal di sekelilinf kampung
• Menaiki ATV
• Aktiviti perkemah
• Team building

4. Air Terjun Chamang



Merupakan sebuah pusat rekreasi air terjun dan sungai yang menarik di bentong pahang. Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar bentong dan 80 km dari kuala lumpur.
kawasan air terjun chamang ini dijaga dengan baik oleh pengurus pelancongan dari aspek kebersihan dan lainya.

5. Hutan lipur lentang



Hutan lipur lentang sesuai untuk melawat bgi mereka yang ingin bersantai dengan keluarga dan bercuti di bentong, lokasi mudah diakses kerana terletak bersebelahan dengan lebuhraya karak.
Suasana di sekitar kawasan hutan lipur lentang ini sunggu segar dan selesa.

6. Dusun eco resort


Cuti di bentong sangat sesuai apa bila pergi ke Dusun eco resort kerana mempunyai nuansa alam yang asri dengan mempunyai nama-nama chalent dan dewan yang dinamakan nama-nama bunga, ikan, burung, dan tumbuh-tumbuhan di hutan.
Lokasi sangat mudah di akses hanya dalam masa kurang lebih 45 minit perjalan dari kuala lumpur / karak.






7. Kolam Air Panas Bentong





Terletak di tepi laluan persekutuan Jalan Kuala Lumpur dalam daerah Bentong, Pahang. Menggunakan Lebuhraya Karak , pemandu perlu mengambil persimpangan keluar pertama yang memasuki Bentong selepas keluar dari tol Karak. Tiba di hujung simpang, pemandu perlu belok ke kiri dan memandu sejauh kira-kira 9.8km untuk tiba ke kolam air panas ini.

Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Persediaan Sebelum Melancong Yang Berguna

Jom ke Bentong , Pahang

Selamat datang ke Homestay Kelapa Hijau