TEMPAHAN



Homestay Kelapa Hijau terletak di No 78b Kampung  Chegar Medang Benus, 28700 Bentong, Pahang

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:
Pn. Siti Sara (013.901.5353) Click utk Whatsapp

En Asri (019.204.5353) Click utk Whatsapp
Lawati Laman Facebook: Homestay Kelapa Hijau


Kadar sewaan RM 300 sehari.


Terma dan Syarat Penginapan di Homestay Kelapa Hijau
  1. Penginap perlu mematuhi peraturan dan perundangan umum Malaysia.
  2. Homestay ini terletak dalam kawasan kejiranan kekeluargaan. Penginap perlu menjaga kebersihan dan keharmonian jiran sekeliling.
  3. Pasangan bukan mahram tidak dibenarkan menginap. Pasangan yang baru berkahwin perlu mengemukakan sijil nikah.
  4. Penginap tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam rumah.
  5. Penginap tidak dibenarkan membawa masuk makanan / minuman Tidak Halal.
  6. Penginap tidak dibenarkan merokok di dalam rumah.
  7. Masa check-in bermula pukul 2 petang. Masa check-out sebelum pukul 12 tengahari.
    Penginapan sesuai untuk 6-8 orang dewasa sahaja.
  8. Keselamatan dan kesejahteraan penginap dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penginap dinasihatkan:
    a. Tidak membawa barangan berharga semasa menginap.(Tuan rumah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangan tersebut)
    b. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/ kunci semasa berada di rumah atau meninggalkan rumah pada waktu siang dan malam.
    c. Tidak dibenarkan membuat sambungan elektrik sebelum mendapat kebenaran. 
  9. Bayaran deposit RM100 diperlukan bagi mengesahkan tempahan yang dibuat. Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya semasa check-in.
  10. Tuan Rumah berhak menolak tempahan yang dibuat jika tidak memenuhi terma dan syarat.
  11. Penginap perlu pastikan tidak melakukan kerosakan pada peralatan yang disediakan di dalam rumah. Jika terdapat kerosakan Tuan Rumah berhak mendapatkan gantirugi yang bersesuaian.
  12. PIHAK PENGUSAHA HOMESTAY KELAPA HIJAU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN DAN/ ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN/ ATAU PENGINAP ATAU TETAMU MEREKA DAN/ ATAU HARTA BENDA KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGUSAHA HOMESTAY.
  13. Sekiranya berlaku kecemasan sila hubungi talian 999 (Polis/ Bomba/ Ambulan) dan pihak Tuan Rumah.
  14. Homestay Kelapa Hijau mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan bagi menambahbaik perkhidmatan yang disediakan.



Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Persediaan Sebelum Melancong Yang Berguna

Jom ke Bentong , Pahang

Selamat datang ke Homestay Kelapa Hijau