MAKAN - MAKAN
- Bila tiba di Bentong . Mesti anda nak mencari tempat makan yang best. Betul tu. Malaysia dikenali sebagai syurga makanan yang menyediakan pelbagai jenis juadah enak daripada pelbagai kaum yang datang dari latarbelakang dan adat resam yang berbeza. Di Bentong ada keistimewaannya. Jom ke Bentong , Pahang.
1.Durian Bentong
-
- Bagi pengemar durian, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati Raja Buah ini. Musim durian kebiasaanya sekitar bulan Jun sehingga Julai. Anda boleh mendapatkan durian segar yang dijual di gerai tepi jalan atau menikmati buah durian terus dari kebun durian sekitar Bentong. Terdapat pelbagai variasi durian di Bentong antaranya yang terkenal adalah Musang King, D24, IOI ,Tembaga, Teka, Udang Merah dan durian kampung. Apa yang membezakan Durian Bentong dengan durian dari negeri lain adalah dari rasa dan tekstur buah durian itu sendiri. Kebanyakkan durian Bentong di tanam di kawasan tanah tinggi dan berbukit. Keadaan persekitaran suhu yang dingin mempengaruhi penghasilan buah durian Bentong. Anda boleh menikmati durian Bentong dengan harga yang berpatutan bermula dari RM 8 sehingga RM 35 sekilo bergantung kepada jenis dan gred buah durian .
-
2.Lemang To'Ki di Bentong, Pahang
-
- Selalunya lemang ini dihidangkan sewaktu hari raya ataupun rumah terbuka saja, tetapi jika anda berkesempatan ke Bentong boleh lah singgah ke gerai makan ini.
Dari Plaza Tol Gombak, hanya kira-kira 40 minit sahaja diperlukan jika menunggang motosikal dalam kelajuan biasa untuk sampai ke kedai Lemang To'Ki yang terletak di jalan utama Bentong-Kuala Lumpur.
Menghidangkan lemang dan rendang sebagai menu utama, gerai ini telah beroperasi sejak tahun 2006.
Walaupun lokasinya agak jauh, tetapi ramai juga antara mereka yang sanggup ke sini untuk mendapatkan lemang yang berkualiti.
Lokasi:Jalan Tras, Bentong, Pahang, 28700.
Sila layari laman Facebook Lemang To'Ki untuk maklumat lanjut.
3.Restoran Cinta Rasa Arena ( Ikan Sungai )
Jom makan tenghari di Restoran Cinta Rasa Airena (AAA) di Bentong Pahang. Special kat sini masakkan ikan sungai yang asli dan segar macam ikan kelah, ikan baung, ikan patin sungai,ikan kerai, ikan jelawat, ikan tapah , ikan tegalan . Macam - macam ada . Udang galah sungai pelbagai saiz dan masakkan pun ada. Style masakkan kampung yang sedap dan lazat.
Lokasi: Restoran Cinta Rasa Airena,Lot 4281, kawasan Industri Benus , Bentong ,Pahang.

Tarikan utama di restoran ini adalah ikan bakar. Selain itu, hidangan lain yang dijual di sini adalah sotong goreng, kukus ikan dan tumis sayur-sayuran. Salah satu keunikkan ikan bakar restoran ini ialah ianya diperap menggunakan sos cili khas buatan. Ia memberikan ikan bakar rasa kepedasan dan keenakan itu.
Terdapat juga pelbagai jenis ikan serta makanan laut lain yang boleh didapati. Antaranya ikan pari, kerapu, tilapia, ikan merah, sotong dan kerang. Harganya pula bergantung kepada saiz serta berat makanan laut yang anda pesan.
Alamat :1978, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Waktu operasi : Buka 5PM
Phone: 012-711 1305
Alamat : Kampung Baru Bentong
Waktu operasi : 5.30 petang sehingga 11.00 malam
5.Satay Warisan Pak Chu Bentong
Satay Warisan Pak Chu Bentong mula dibuka pada tahun 1993 sehingga sekarang, merupakan gerai yang menjual satay ayam dan daging terbaik di Bentong, Pahang.
Waktu operasi : 5.30 petang sehingga 11.00 malam
Comments
Post a Comment