Posts

10 Khasiat Air Kelapa yang anda perlu tahu

Image
Bila kali terakhir anda minum air kelapa? kalau nak fikirkan, air kelapa jarang menjadi pilihan utama apa bila hendak menghilangkan rasa dahaga. Ini pasti akan berubah apabila anda habis membaca aritkel ini. Kepada yang mencari minuman yang sihat untuk tubuh badan, tiba masanya untuk anda ketahui rahsia khasiat Air kelapa. Bukan saja Air kelapa sedap tetapi cecair ajaib ini juga rendah kalori, rendah lemak, dan penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Inilah 10 sebab kenapa anda perlu minum air kelapa: 1. Mengurangkan Berat Badan Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan. 2. Penjagaan Kulit Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin ber...

SALAM MAAL HIJRAH 1440

Image
Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1440 dari Homestay Kelapa Hijau DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ عِبَادَهُ الْمُؤْمِنِيْنَ أَعِزَّةً أَحْرَارًا لاَ يَرْتَضُوْنَ ظُلْمًا وَلاَ هَضْمًا وَلاَ هَوَانًا هَاجَرُوْا مِنْ وَطَنِهِمُ الْعَزِيْزِ لِيَسْتَعِدُّوْا بِمَا اسْتَطَاعُوْا مِنْ قُوَّةٍ وَعِزَّةٍ وَأَقَامُوْا فِى الْمَدِيْنَةِ لِيَسْتَمِدُّوا الْعَوْنَ مِنْ رَبِّهِمْ لِنَشْرِ الْحَقِّ وَتَبْلِيْغِ الرِّسَالَةِ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ فَارَقُوْا وَطَنَهُمْ إِلَى دَارِ هِجْرَتِهِمْ لِيَسْتَرِدُّوْا كَرَامَتَهُمْ وَيُؤَازِرُوْا نَبِيَّهُمْ فِى دَعْوَتِهِ وَيُجَاهِدُوْا أَعْدَاءَهُمْ لِنُصْرَتِهِ. Alhamdulillah, dengan penuh khusyuk dan tawadu’ kami bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul pada hari yang penuh berkat  untuk bersama-sama meraikan majli...

6 SEBAB RAMAI YANG PILIH HOMESTAY DARI TINGGAL DI HOTEL

Image
1. RUANG LUAS Biasanya homestay menawarkan ruang yang lebih luas, sebab seluruh rumah temasuk bilik ada 3 atau 2, ruang tamu & dapur. Jadi ianya lebih selesa & tidak rasa “lemas” seperti di bilik d hotel 2. MURAH Bila bercuti dengan group kawan-kawan atau keluarga . Ini lebih menjimatkan Contoh, homestay 3 bilik tidur di Homestay Kelapa Hijau  ada 2 katil queen & 1 single harga sewa 1 malam RM300. Selesa untuk 6-8 orang. Jadi seorang 300/6 orang=RM50 Sekiranya menginap di hotel, pasti harganya berlipat kali ganda 3. JIMAT Homestay memang menyediakan dapur & kelengkapan dapur yang lengkap. Jadi anda boleh memasak sendiri & makan ramai-ramai. Mesin basuh juga turut disediakan, jimat kos dobi 4. KELENGKAPAN LENGKAP Homestay menyediakan kelengkapan rumah yang lengkap seperti tv, astro, mesin basuh malah ada yang menyediakan free WiFi. 5. SENANG MENERIMA TETAMU Senang untuk kita menerima @ menjemput kaw...

7 Tips Persediaan Sebelum Melancong Yang Berguna

Image
Melancong adalah aktiviti yang merehatkan minda bersama kawan-kawan atau keluarga. Sebelum melancong mahupun pergi bercuti, anda perlu tahu perancangan percutian anda supaya tidak membazir, dan memastikan percutian berjalan dengan lancar. Perancangan kewangan adalah penting bagi mengelakkan daripada kekusutan selepas percutian. Disini ada  7 tips persediaan sebelum melancong  yang telah dikumpul dan diringkaskan bagi memudahkan anda merancang percutian dengan lebih tersusun. 1.  Tentukan Tempat Percutian dan Perancangan Pertama sekali, anda perlu menyenaraikan lokasi percutian yang anda ingin pergi. Buat senarai pendek dan buat perbincangan bersama ahli keluarga. Untuk menjimatkan masa rancang lokasi menarik untuk dikunjungi dalam sehari. Melalui rancangan, anda boleh tahu bayaran tambang dan jenis kenderaan sesuai untuk ke destinasi. 2.  Tempah Awal Lebih baik membuat tempahan tiket kapal terbang, tiket bas awal bagi mendapatkan harga yang mur...

Jom ke Bentong , Pahang

Image
Bentong adalah sebuah bandar dan salah sebuah daerah di Negeri Pahang. Keluasan daerah ini ialah 1831 kilometer persegi. Ia terletak 80km dari timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai "Ban Untung" (ban yang menguntungkan). Perkataan "Ban Untung" menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan "B...

Selamat datang ke Homestay Kelapa Hijau

Image
Selamat datang ke Homestay Kelapa Hijau,   sebuah Homestay dengan persekitaran kampung yang mendamaikan  yang terletak di Bentong Pahang. Kini anda sekeluarga boleh bercuti di Bentong dengan tenang dan selesa. Kami komited untuk menyediakan homestay yang selesa dan memenuhi keperluan anda pada kadar yang berpatutan. Homestay kami terletak di Kampung Chegar Medang Benus , Bentong ,Pahang . Lokasi strategik yang berhampiran dengan pelbagai tarikan perlancongan dan kemudahan (lingkungan 45 minit) termasuk Genting Highland, Air terjun Chamang, Bukit Tinggi, kawasan perkelahan Janda Baik, kolam air panas bentong dan lain-lain. Antara kemudahan yang disediakan di Homestay Kelapa Hijau termasuk: * Ruang tamu: Sofa, sofa bed, TV LCD & Astro Family Pack, coffee table * Ruang makan: Meja makan, peralatan makan * 3 bilik tidur: Katil queen, aircond, kipas, almari baju, meja solek * Dapur: Peti sejuk, oven, dapur gas, pe...